Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Sejarah dan Asal Usul Kurma.

KURMA merupakan salah satu jenis tanaman pertama yang dikenali oleh manusia. Meskipun demikian, para pakar sejarah saling berbeza pendapat tentang asal mula tanaman ini. Seorang ilmuwan Itali yang bernama Edward Vieri berpendapat, bahawa tempat kemunculan pokok kurma adalah sekitar negara Arab Teluk. Hal itu dibuktikan terdapatnya di daerah tersebut jenis pokok yang tidak boleh hidup kecuali di daerah-daerah sub tropis yang jarang turun hujan. Akar pokok tersebut sangat memerlukan kadar garam yang tinggi. Sifat-sifat iklim ini hanya ada di daerah-daerah yang terletak di sebelah barat India dan Selatan Iran, khususnya di sekitar pesisir Teluk Arab. Pendapat yang lain mengatakan, bahawa pokok kurma pertama di temukan di sekitar kota Babil yang umurnya berusia sekitar 4000 tahun sebelum masihi. Pohon kurma bernama ‘Latin Phoenix dactylifera’ termasuk di dalam keluarga ‘Palmae’ yang sering disebut ‘Date Alm. Pohon ini mempunyai nama yang pelbagai, di Perancis terkenal dengan nama

Kelebihan Ajwa Madinah Berbanding Kurma Ajwa Yang Lain.

Banyak hadis yang menunjukkan keutamaan kurma Ajwa kota Madinah, yang menjelaskan tentang pengaruh dan khasiatnya dalam kedoktoran ala Nabi , yakni mencegah racun dan sihir bagi yang memakannya setiap pagi dalam setiap harinya. Di antara riwayat tersebut adalah sebagai berikut ; Diriwayatkan daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda “ Barangsiapa yang memakan tujuh butir kurma Ajwah yang tumbuh di antara dua batu hitam ( kota Madinah ) di pagi hari tidak akan terkena bahaya racun hingga petang harinya “(Muslim) Dan didalam riwayat yang lainnya “ Barangsiapa yang makan tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, maka akan terhindar daripada racun dan sihir sehingga waktu petang “ Sebagai umat Nabi yang beriman, wajib di atas setiap orang Islam untuk meyakini akan hadis yang disebutkan oleh Baginda Sallahu Alaihi Wasallam tentang fadhilat dan kelebihan kurma ajwa yang dapat menangkal sihir dan racun,oleh kerana setiap hikmah Ilahi disebalik