Skip to main content

Kelebihan Ajwa Madinah Berbanding Kurma Ajwa Yang Lain.


Banyak hadis yang menunjukkan keutamaan kurma Ajwa kota Madinah, yang menjelaskan tentang pengaruh dan khasiatnya dalam kedoktoran ala Nabi , yakni mencegah racun dan sihir bagi yang memakannya setiap pagi dalam setiap harinya. Di antara riwayat tersebut adalah sebagai berikut ;

Diriwayatkan daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda “ Barangsiapa yang memakan tujuh butir kurma Ajwah yang tumbuh di antara dua batu hitam ( kota Madinah ) di pagi hari tidak akan terkena bahaya racun hingga petang harinya “(Muslim)
Dan didalam riwayat yang lainnya “ Barangsiapa yang makan tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, maka akan terhindar daripada racun dan sihir sehingga waktu petang “
Sebagai umat Nabi yang beriman, wajib di atas setiap orang Islam untuk meyakini akan hadis yang disebutkan oleh Baginda Sallahu Alaihi Wasallam tentang fadhilat dan kelebihan kurma ajwa yang dapat menangkal sihir dan racun,oleh kerana setiap hikmah Ilahi disebalik kelebihan tersebut tidak dapat dicapai oleh fikiran logik manusia bahkan hanya diketahui oleh Tuhan yang menciptakannya.
Hadis tersebut menjelaskan tentang buah kurma ajwa yang tumbuh di dalam tanah haram Madinah adalah kerana terdapat keberkatan pada tanah yang terdapat di Madinah, bertepatan dengan sabda Baginda Sallahu Alaihi Wasallam “Aku berdoa kepada-Mu untuk para penduduk kota Madinah , agar Engkau berikan berkat dalam mudd (cupak ) dan sho’nya (gantang) mereka, dua kali ganda dari berkat yang Engkau berikan untuk para penduduk Makkah “
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam pernah diberi buah-buahan yang dipetik pertama kali,lalu Baginda bersabda ;
“Ya Allah , berkatilah kota kami, dalam buah-buahannya dalam mudd dan sho’nya dengan keberkatan yang berlimpah-limpah”
Allah telah menjelaskan keistimewaan kurma Ajwah dengan khasiat mampu menolak racun dan sihir,dibandingkan dengan semua jenis kurma lain. Diriwayatkan hadis dari Nabi yang menjelaskan hal itu secara mudah. Hanya sahaja rahsia keutamaan kurma Ajwah itu masih lagi menjadi persoalan kontroversi. Oleh sebab itu para pakar berupaya menyingkap Rahsia tersebut.
Hikmah tersembunyi
Imam An-Nawawi menjelaskan ,” Dikhususkan kurma Ajwah Madinah termasuk perkara yang menjadi rahsia Allah, kita tidak mengetahui segala hikmah , sehingga harus diimani dan diyakini keutamaan, serta adanya hikmah dalam hal tersebut”.
Al-Khattabi menyatakan .”keberadaan kurma Ajwah berkhasiat mengatasi racun dan sihir, termasuk berkat doa Nabi untuk kota Madinah,bukan kerana sifat khusus dalam kurma tersebut.”
Al-Mubarakfuri menjelaskan tentang hadis kurma Ajwah “ Yang dimaksudkan adalah menjelaskan keutamaan kurma Ajwa dibandingkan seluruh kurma yang lain, kerana boleh dikatakan sebagai kurma Hijaz yang paling berkualiti, secara umumnya . Boleh juga dikatakan keistimewaan yang terdapat pada kurma Ajwa ini adalah daripada berkat doa Nabi pada keberkatan yang terdapat di dalam kota Madinah.
Kemungkinan, letak keistimewaan kurma Ajwa dibandingkan kurma yang lain adalah pada realiti bahawa ia dapat menangkal racun dan sihir , itulah yang membuatkan ianya berbeza dari yang lain. Wallahu A’lam Allah lah yang lebih mengetahuinya.
Kesimpulannya kita telah melihat pelbagai variasi pendapat ulamak tentang kurma Ajwa, sebahagian mengatakan adalah kemungkinan kerana ianya di tanam didalam tanah haram yang tercakup padanya doa Nabi, dan kemungkinan juga boleh jadi kerana itu merupakan keistimewaannya tersendiri yang belum diketahui(hikmahnya) oleh seorang pun.
Walaubagaimanapun bahawa semua hikmah telah terhimpun dalam kurma Ajwa adalah kerana kemuliaan dan keistimewaannya.

Comments

  1. The best slots casino site in the world
    The best slots casino site in the world - ✓ luckyclub 300+ slots games, 1 VIP club and more - ✋ 100% up to €200 Welcome Bonus.

    ReplyDelete
  2. Poker Room at Wynn | T-Mobile Arena - KTH
    Watch 울산광역 출장마사지 Live Betting at Poker Room 군포 출장안마 at Wynn. Poker Room at Wynn 파주 출장샵 · TheScore Poker News. TheScore Poker 의정부 출장샵 News. Sports. T-Mobile 동두천 출장마사지 Arena. TheScore Poker News.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah dan Asal Usul Kurma.

KURMA merupakan salah satu jenis tanaman pertama yang dikenali oleh manusia. Meskipun demikian, para pakar sejarah saling berbeza pendapat tentang asal mula tanaman ini. Seorang ilmuwan Itali yang bernama Edward Vieri berpendapat, bahawa tempat kemunculan pokok kurma adalah sekitar negara Arab Teluk. Hal itu dibuktikan terdapatnya di daerah tersebut jenis pokok yang tidak boleh hidup kecuali di daerah-daerah sub tropis yang jarang turun hujan. Akar pokok tersebut sangat memerlukan kadar garam yang tinggi. Sifat-sifat iklim ini hanya ada di daerah-daerah yang terletak di sebelah barat India dan Selatan Iran, khususnya di sekitar pesisir Teluk Arab. Pendapat yang lain mengatakan, bahawa pokok kurma pertama di temukan di sekitar kota Babil yang umurnya berusia sekitar 4000 tahun sebelum masihi. Pohon kurma bernama ‘Latin Phoenix dactylifera’ termasuk di dalam keluarga ‘Palmae’ yang sering disebut ‘Date Alm. Pohon ini mempunyai nama yang pelbagai, di Perancis terkenal dengan nama